Berdasarkan ukuran nilai tersebut untuk membentuk personaliti atau peribadi yang tinggi, mengikut seorang falsafah dan ahli tasauf islam Muhyiddin Ibnu Arabi (seseorang itu hendaklah menjauhkan dirinya daripada 17 macam punca penyakit budi dan cacat perangai iaitu :-
1. FUJUR - Tenggelam dalam pengaruh syahwat hawa nafsu memperturutkan kehendak-kehendak yang keji dan memperbuatnya secara terang-terangan di depan khalayak ramai tanpa rasa malu.
2. SYARAH - Tamak kepada harta benda , sehingga tidak mempedulikan sama ada ia dari jalan halal mahupun haram. Dan tidak segan berlaku curang, tidak kenal malu dan sanggup menjual maruah diri kerana wang.
3. TABAZZUL - Tidak tahu harga diri. Berteman dengan orang-orang yang tidak bermoral, suka menghabiskan masa di majlis-majlis tatasusilanya. Bergurau senda melampaui batas kesopanan. Suka memperkatakan hal-hal yang lucah.
4. SAFAH - Tersinggung sedikit cepat marah, mencarut, memaki hamun serta lekas mengambil keputusan membusukkan orang lain, cepat menyumpah serapah apabila bertemu dengan keadaan yang mencemaskan (kelam-kabut).
5. CARQ - Suka bercakap mengenai hal-hal bersangkutan dengan kepentingan diri sendiri. Dalam perbualan cakapnya saja yang mesti di dengar. Gerak-gerinya tidak berpedoman. Ketawa terbahak-bahak. Kalau ada pertanyaan, cepat-cepat menjawab tanpa memikirkan sama ada ia benar atau tidak, asalkan menjawab.
6. QASWAH - Di dalam kalbunya bersarang kebencian dan dendam disertai oleh keberanian. Untuk mencapai hasratnya sanggup berlaku kejam.
7. KHADAR - Memungkiri janji atas keamanan atau keampunan yang telah diikrarkan kepada musuh yang menyerah kerana berpegang kepada janji yang diberikan. Kalau ia merupakan muslihat, maka termasuk ke dalam muslihat yang keji.
8. KHIANAT - Pecah amanah yang dipikulkan, baik berupa harta benda, kehormatan diri mahupun rahsia peribadi, termasuk memutarbelitkan perkataan orang lain dengan tujuan tertentu sehingga menimbulkan salah faham.
9. BOCOR MULUT - Gabungan dari kelakuan carq dan khianat, membuka rahsia yang dipercayai oleh orang lain. Kejinya lebih jika rahsia itu adalah rahsia negara, kerana hendak bermegah-megah menunjukkan mempunyai hubungan dengan orang-orang penting negara. Termasuk sama sifat "namimah" menyebarkan berita yang mengeruhkan lagi keadaan yang tenteram.
10. TAKBUR - Memuji diri dengan mendabik dada menyatakan diri sendiri saja yang benar, diri sendiri saja yang pandai, diri sendiri saja yang berjasa, diri sendiri saja yang lebih dan orang lain semuanya ada cacat celanya.
11. KHABAS - Berniat jahat kepada orang lain dengan menggunakan segala daya untuk merugikannya.
12. BAKHIL - Memandang harta sebagai tujuan hidup dan hartalah yang menentukan segala-galanya. Enggan menderma harta untuk mashalat umum.
13. JUBUN - Takut menghadapi tanggungajawab, pengecut, dan gentar menerima akibat walaupun yang diperjuangkan adalah untuk mempertahankan kebenaran, agama, negara dan bangsa.
14. HASAD - Rasa sakit hati yang menghiris-hiris di dalam perasaan kerana melihat nikmat yang di terima oleh orang lain dan merasa lega serta hilang sakit hatinya jika melihat orang itu jatuh.
15. JAZA - Gentar seketika sewaktu menghadapi kesusahan. Iaitu sifat gabungan dari carq dan jubun.
16. SYAGHIRUL HIMMAH - Berjiwa kecil, tidak punya cita-cita tinggi, cita-cita sangat terbatas. Merasakan perolehan yang hanya sedikit sudah cukup banyak, merasa cukup dalam ukuran minima. Tidak terlintas di dalam hati untuk meningkatkan diri.
17. AL-JAUR - Segala tindakan dan sikap di luar garis kewajaran. Berlebih-lebihan sangat berkurungan. Berbelanja boros dan tidak pada tempatnya, mempertahankan hak sebanyak-banyaknya dan lupa pada kewajipan, berbuat sesuatu di luar dari yang semestinya.
(Itulah 17 macam sifat atau penyakit budi dan cacat perangai yang menurut ahli falsafah IBNU ARABI yang menjadi pusat keburukkan lain yang menjadi cacat cela bagi peribadi seseorang.)
أمة الله الرايح
Srikandi Ilmiah...
Thursday, 20 September 2012
Tuesday, 3 July 2012
Adakah Anda Kenal Apa Itu FISABILILLAH???
FISABILILLAH
Fisabilillah merupakan
gelaran dan sejenis perlakuan yang dianggap mulia dalam Islam. Sejak dahulu
lagi Fi sabil Allah yang menjadi polemik di antara ulama. Ada yang menyempitkan makna fi sabil Allah
dan ada yang meluaskan pemahamannya. Perbincangan ini bukanlah hanya untuk
menyenaraikan pendapat-pendapat yang bercanggah di antara ulama tetapi lebih
kepada analisa yang kritis bagi memastikan kebenaran yang tulen yang perlu
dipatuhi dan merupakan perbincangan yang melibatkan keharusan talfiq selagi
sesuatu masalah itu masih kabur dan tidak nyata. Perbincangan juga melibatkan
maslahah yang menjadi alasan dan senjata utama bagi mereka yang mengeluarkan
hukum tanpa asas, tanpa memahami dengan mendalam maksud sebenar maslahah dalam
Usul Al-Fiqh. Ramai golongan yang suka bercakap mengenai Fiqh tapi tidak
didasarkan pada asas sebenar Fiqh itu iaitu usul Al-Fiqh. Realitinya amalan
peluasan makna fi sabil Allah memang dipraktikkan di Malaysia tanpa diambil kira asas
sebenar syariah. Pemberian zakat kepada mangsa bencana alam, adakah menepati
makna fi sabil Allah atau tidak? Pendapat-pendapat ulama terhadap saham fi
sabil Allah.
A.Golongan yang menyempitkan makna fi sabil Allah.
Mazhab Hanafiyy
Imam Abu Yusof berpendapat bahawa makna fi sabil Allah
bermaksud tentera-tentera Islam yang tidak berkeupayaan menyertai perang
disebabkan kemiskinan yang dialami, ini merupakan maksud yang mula terlintas di
fikiran (al-Kasani 1997 : jil. 2,472).
Imam Muhammad al-Hassan pula berpendapat fi sabil Allah bermaksud orang yang tidak cukup kelengkapan menunaikan haji dengan beralaskan kepada satu hadis bahawa seorang lelaki hendak menyerahkan seekor unta untuk tujuan perang tetapi Rasulullah menyuruh beliau menyalurkannya untuk tujuan haji (al-Kasani 1997 : jil.2,472).
Al-Kasani dalam Badai’ al-sanai’ menjelaskan bahawa maksud
fi sabil Allah adalah semua bentuk amalan mendekatkan diri dan ketaatan kepada
Allah (Ibn ‘Abidin 1994 : jil.3,289).
Ibn Nujaym dalam
al-Bahr mengatakan bahawa unsur kefakiran mestilah ada pada setiap bahagian
(Ibn Nujaim 1997 : jil.2,422).
Disyaratkan pemilikan harta zakat pada asnaf, maka tidak
boleh disalurkan untuk pembinaan masjid, kafan serta pembayaran hutang mayat,
pembinaan jambatan, terusan, pembinaan jalan, haji dan jihad yang tiada kaitan
dengan pemilikan harta (Ibn Abidin 1994 : jil.3,291).
Ringkasnya ulama Mazhab Hanafi mentakrifkan fi sabil Allah
sebagai amalan-amalan yang mendekatkan diri dan ketaatan kepada Allah serta
mensyaratkan wujudnya sifat kefakiran bagi bahagian fi sabil Allah kecuali
bahagian amil dan berlakunya pemilikan harta, maka tidak harus disalurkan zakat
pada pembinaan masjid, pembinaan jambatan, tali air, jalan dan sebagainya.
Mazhab Malikiyy
Ibn al-Arabi dalam Ahkam al-Quran meriwayatkan daripada Imam
Malik bahawa maksud fi sabil Allah banyak maknanya, tetapi tiada perselisihan
pendapat tentang makna perang pada jalan Allah (Ibn al-Arabi 1967 : jil.2,957).
Muhammad Ibn al-Hakam mengatakan bahawa zakat boleh
disalurkan bagi mendapatkan binatang dan senjata bagi kegunaan perang, bagi
menahan kemaraan musuh kerana semuanya untuk maslahah perang berhujahkan pada
satu hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah menyalurkan zakat
dalam bentuk seratus ekor unta kepada jajahan kekuasaan Sahal Ibn Abi Hathmah
bagi meredakan penentangan (Ibn al-Arabi 1967 :jil.2,957).
Al-Dardir menjelaskan dalam Syarh ala Matan Khalil bahawa
zakat diberikan kepada tentera-tentera dan keperluan mereka seperti senjata dan
kuda (pengangkutan), walaupun tentera itu kaya kerana ia menerima zakat melalui
bahagian jihad bukan kefakiran. Diberikan juga kepada pengintip-pengintip
walaupun seorang kafir tetapi tidak boleh disalurkan pada pembinaan benteng
negara dan dalam perkara yang mempunyai kaitan sebahagian sahaja dalam perang.
Dalam tafsir al-Qurtubi dinyatakan bahawa maksud fi sabil
Allah adalah tentera-tentera serta kelengkapan yang berkaitan sama ada miskin
kaya dan ini adalah mazhab Maliki (al-Qurtubi 1996 : jil.8,172).
Ringkasnya, makna fi sabil Allah dalam Mazhab Maliki
bermakna bagi tujuan peperangan, jihad dan yang berkaitan dengannya, tidak
hanya tertakluk pada tentera tetapi lebih meluas pemahamannya merangkumi
perkara-perkara yang berkaitan dengan persediaan perang dan boleh disalurkan
zakat walaupun pada orang kaya.
Mazhab Syafi’iyy
Al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin menjelaskan bahawa maksud
fi sabil Allah bermakna tentera-tentera yang tidak menerima gaji daripada
kerajaan, iaitu bermakna tentera yang sukarela menyertai peperangan (al-Nawawi
2000 : jil.2,403).
Al-Syafi’iyy menjelaskan dalam al-Umm bahawa bahagian fi
sabil Allah disalurkan kepada tentera yang berada dalam kawasan sesuatu zakat
yang disalurkan, sama ada pada yang kaya atau miskin kecuali diperlukan
sebaliknya (al-Syafie 1993 : jil.2,97).
Ringkasnya, Mazhab Syafi’iyy memfokuskan makna fi sabil
Allah hanyalah untuk jihad, tentera yang tidak menerima gaji dan yang berkaitan
dengannya walaupun ia kaya.
Mazhab Hanbaliyy
Mazhab Hanbaliyy sama dengan Mazhab Syafi’iyy dalam
mentakrifkan fi sabil Allah iaitu dengan makna tentera-tentera sukarela yang
tidak menerima gaji daripada kerajaan atau yang menerima gaji tetapi tidak
mencukupi keperluan mereka untuk berperang walaupun ia kaya. Al-Bahuti
menjelaskan bahawa tidak harus disalurkan zakat selain daripada yang disebutkan
oleh Allah seperti pembinaan masjid, jambatan, terusan, pembinaan jalan, kafan
mayat dan semua bentuk kebaikan untuk keredaan Allah kerana lafaz امنإ dalam
ayat zakat tersebut bermakna. (al-Bahuti 1982 : jil.2,283).
Terdapat dua riwayat Imam Ahmad berkaitan dengan haji :
1.Haji termasuk dalam fi sabil Allah berdasarkan pada hadis
Umm Mi’qal al-Asadiyyah bahawa suaminya menyerahkan seekor unta untuk tujuan
jihad tetapi beliau ingin menggunakannya untuk tujuan haji lantas meminta unta tersebut
daripada suaminya tetapi enggan, maka perkara ini diadukan pada Rasulullah dan
baginda memutuskan supaya diberikan pada Umm Mi’qal dengan sabda : “Haji dan
Umrah itu termasuk fi sabil Allah”.
2.Haji tidak termasuk fi sabil Allah seperti pendapat majoriti
ulama. Ibn Qudamah dalam al-Syarh al-Kabir menjelaskan bahawa ini lebih tepat
kerana fi sabil Allah bermakna jihad merupakan maksud yang pertama terlintas di
fikiran kerana sebahagian besar ayat al-Quran yang menggunakan perkataan sabil
Allah membawa erti jihad, ini merupakan zahir ayat (Ibn Qudamah 1995 :
jil.4,104).
Rumusan
Hasil daripada kajian ringkas ini menunjukkan bahawa
keempat-empat mazhab bersepakat mengatakan bahawa :
1.Jihad atau perang kerana Allah termasuk dalam fi sabil
Allah.
2.Penyaluran zakat terhadap tentera-tentera yang terlibat
dengan jihad.
3.Ketidakharusan penyaluran zakat bagi tujuan maslahah umum
seperti pembinaan empangan, terusan, masjid, sekolah, jalan, urusan jenazah.
B.Gologan yang memperluaskan makna fi sabil Allah.
Al-Razi menyatakan dalam takfsirnya : “Zahir lafaz fi sabil
Allah tidak menunjukkan pengkhususan terhadap tentera sahaja justeru al-Qaffal
menyatakan dalam tafsirnya mengikut sebahagian fuqaha mengharuskan pembahagian
zakat kepada semua bentuk kebaikan seperti mengkafankan mayat, pembinaan
benteng dan masjid kerana fi sabil Allah umum bagi semua”. (al-razi 1995 :
jil.8,115).
Anas Ibn Malik dan al-Hassan
Ibn Qudamah dalam al-Mughni menyatakan bahawa Anas dan
al-Hassan al-Basri pernah mengatakan bahawa “apa yang anda salurkan pada
pembinaan jambatan dan jalan ia adalah sedekah yang diterima” (Ibn Qudamah 1995
: jil.4,104).
Al-Imamiyyah al-Ja’fariyyah
Kitab al-Mukhtasar al-Nafi’ menjelaskan bahawa fi sabil
Allah bermakna setiap perkara kebaikan dan kepentingan umum seperti haji, jihad
dan pembinaan jambatan dan ada pendapat yang mengatakan bahawa ia khusus untuk
jihad sahaja.
Kitab Syarai’ al-Islam menyebutkan bahawa kepentingan umum
seperti pembinaan jambatan, masjid, haji dan semua bentuk kebaikan termasuk
dalam kategori fi sabil Allah (Muhammad jawwad t.th : jil.1,87).
Al-Zaidiyyah
Pengarang al-Rawd al-Nadir menjelaskan bahawa Imam Zayd
mengatakan bahawa zakat tidak boleh disalurkan pada urusan jenazah atau
pembinaan masjid, tetapi beliau sendiri menyalahi pendapat Imam Zayd dengan
mentarjihkan peluasan makna fi sabil Allah (al-Siyaghi t.th ; jil.2,621).
Dalam Syarh al-Azhar dinyatakan bahawa harus disalurkan
zakat untuk kepentingan umum umat Islam dan ini adalah nas atau keterangan Imam
al-Hadi.
Al-Sayyid Rasyid
Ridha berpendapat bahawa fi sabil Allah bermaksud maslahah-maslahah umum
umat Islam bagi tujuan agama dan negara bukan untuk persendirian, yang paling
baik dan patut diutamakan ialah untuk jihad; pembelian senjata, bekalan makanan
askar, pengangkutan tentera dan sebagainya, tetapi segala peralatan tersebut
perlulah dikembalikan balik pada baitulmal disebabkan sifat fi sabil Allah
hanya sah semasa berlakunya peperangan. Termasuk juga pembinaan hospital
tentera, kebajikan umum dan pembinaan jalan-jalan, landasan keretapi tentera,
menara-menara tentera, lapangan terbang tentera, bagi tujuan bekalan
pendakwah-pendakwah Islam melalui institusi-institusi yang berkaitan (Rasyid
Ridho t.th : jil.10,585).
Al-Syaikh Mahmud Syaltut
Beliau berpendapat bahawa makna fi sabil Allah bermaksud
kepentingan-kepentingan umum yang tidak dimiliki oleh sesiapapun hanya untuk
jalan Allah dan untuk kepentingan manusia. Perlu diutamakan persiapan perang
bagi mempertahankan kehormatan daripada musuh, termasuklah peralatan yang
canggih, hospital tentera dan awam, pembinaan jalan, bagi tujuan pendakwah
Islam….dibolehkan penyaluran zakat bagi tujuan pembinaan masjid dengan syarat
mengikut keperluan sahaja (Syaltut 1991 : 119).
ANALISA
Hujah-hujah yang dikemukakan oleh setiap golongan
menunjukkan bahawa majoriti fuqaha memiliki hujah yang lebih kukuh dan konkrit
berbanding golongan yang memperluaskan makna fi sabil Allah. Golongan ini hanya
berhujahkan dengan hujah berikut :
1.Umum ayat zakat yang menunjukkan maksud yang merangkumi
semua kebajikan.
2.Riwayat-riwayat tabiin dan tabi’ tabiin tanpa alasan yang
kukuh.
3.Tafsiran-tafsiran ulama tanpa berdasarkan pada nas atau hujah
yang konkrit.
Sebaliknya majoriti fuqaha memiliki hujah dan alasan yang
konkrit serta ilmiah dalam menentukan kehendak ayat zakat tersebut melalui
hujah-hujah berikut :
1.Takhsis al-‘am ; ayat zakat tersebut menunjukkan lafaz
yang umum iaitu fi sabil Allah yang berfungsi mengumumkan makna tersebut iaitu
merangkumi semua kebajikan untuk jalan Allah. Tetapi ayat yang bersifat umum
ini telah ditakhsiskan oleh hadis yang menerangkan makna fi sabil Allah seperti
hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, dan al-Hakim; sahih mengikut syarat
Bukhari dan Muslim iaitu sabda Rasulullah : Tidak halal zakat bagi orang yang
kaya kecuali lima golongan iaitu tentera berjihad pada jalan Allah….perkataan
tentera berjihad pada jalan Allah mentakhsiskan umum makna fi sabil Allah dalam
ayat zakat. Tidak ada pertentangan pendapat ulama yang berhujahkan dengan
prinsip umum dalam takhsis al-‘am sama ada dengan dalil ‘aqli atau sam’i.
(al-Ghazzali 1996 : 245).
2. Apabila berlawanan maksud dalam Quran dan Sunnah antara
definisi dari segi bahasa dan syarak maka hendaklah diutamakan definisi syarak
dahulu. Al-Ghazzali telah menyatakan bahawa pendapat yang terpilih adalah
setiap definisi yang berkaitan dengan penyataan atau suruhan maka perlulah
disesuaikan dengan makna syarak (al-Ghazzali 1996 : 190). Ini bermakna maksud
fi sabil Allah dari segi syaraknya adalah jihad atau perang pada jalan Allah
kerana perbahasan zakat merupakan perbahasan syarak bukan perbahasan bahasa.
3. Perkataan fi sabil Allah jika diperluaskan maknanya maka
ini menyebabkan berlakunya fenomena pengulangan terhadap ayat Allah tanpa
faedah sedangkan Allah Maha Suci daripada sifat yang sedemikian. Sekiranya
kehendak fi sabil Allah merangkumi semua amal kebaikan maka tidak perlu lagi
Allah menyebutkan asnaf yang tujuh selain fi sabil Allah. Ini bermakna
penetapan kelapan-lapan asnaf tersebut mempunyai tujuan dan hikmah iaitu
mengkhususkan fi sabil Allah untuk tujuan jihad atau perang fi sabil Allah
bukan sebaliknya. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan kalimat امنإ yang
bermaksud hanya iaitu lapan golongan itu sahajalah yang berhak menerima zakat.
Sekiranya makna umum yang dimaksudkan, maka kalimah Innama itu juga tidak ada
faedahnya disebutkan dan Allah Maha Suci daripada tuduhan-tuduhan seperti ini.
4. Kebanyakan ayat Quran dan hadis Rasulullah apabila
membicarakan tentang fi sabil Allah merujuk kepada jihad atau perang fi sabil
Allah sekiranya tidak ada qarinah yang memesongkan maknanya kecuali beberapa ayat
dan hadis yang menunjukkan makna umum fi sabil Allah disebabkan terdapat
qarinah. Perkataan fi sabil Allah dalam ayat zakat tersebut mempunyai makna
yang khusus disebabkan tidak terdapat qarinah yang dapat memesongkan maknanya.
5.Sekiranya pemberian zakat kepada mangsa bencana alam
dikategorikan sebagai maslahah, adakah ia menepati prinsip maslahah yang
sepatutnya? Tambahan pula mazhab Syafie (Syafi'iyy) tidak mengiktirafkan
penggunaan maslahah dalam penghasilan hukum secara mutlak dan itulah yang hak
(Al-Amidi 2000 : jil.4,919). Kalau dikatakan fenomena talfiq mazhab harus
dipraktikkan maka adalah adil jika dilaksanakan juga pada semua aspek syariah
tidak hanya bab zakat malah dalam bab-bab yang lain juga. Sekiranya
dipraktikkan juga prinsip maslahah ini terhadap penyaluran zakat kepada
mangsa-mangsa bencana alam (setelah kajian terperinci menunjukkan bahawa Imam
syafie juga mempraktikkan maslahah dengan nama penghujahan dengan asas-asas
syariah yang umum serta menyeluruh) maka ia termasuk dalam perkara yang
dinyatakan oleh Al-Ghazzali : “Setiap maslahah yang tidak menjuruskan kepada
tujuan-tujuan syariat daripada Quran, Hadis dan Ijma’ tergolong dalam maslahah
yang janggal yang tidak menepati kehendak syarak maka hukumnya batil dan tidak
perlu dipratikkan. Sesiapa yang mempraktikkannya seolah-olah membuat syariat
yang baru “(Al-Ghazzali 1996 : 179). Setelah diteliti hujah-hujah majoriti
ulama jelaslah bahawa penyaluran zakat kepada mangsa bencana alam tidak
menepati prinsip maslahah yang sebenar.
Kompromi
Pengagihan zakat yang telah, sedang dan akan dilakukan
perlulah diteliti dengan penuh keinsafan. Pemberian zakat kepada mangsa-mangsa
bencana alam bukanlah tidak boleh disalurkan kepada mereka disebabkan mangsa
bencana alam ini berbeza situasinya menurut individu. Contohnya pemberian zakat
masih boleh diberikan kepada mereka melalui asnaf yang lain seperti mangsa yang
mengalami kefakiran atau kemiskinan setelah ditimpa bencana alam tetapi bukan
semua mangsa boleh dikategorikan sebagai fakir atau miskin. Begitu juga boleh
disalurkan melalui asnaf gharimin tetapi kalau hanya sekadar penghutang kenapa
dikhususkan kepada mangsa bencana alam sahaja sedangkan boleh dikatakan semua
orang berhutang.
Kesimpulan
Rumusannya, majoriti ulama termasuklah mazhab yang empat
mengkhususkan makna fi sabil Allah dengan makna jihad atau perang dan yang
berkaitan dengannya. Hanya segelintir sahaja yang memperluaskan makna tersebut
dengan hujah yang rapuh. Pemberian zakat kepada mangsa bencana alam memang
jelas tidak terdapat dalam asnaf yang lapan yang disebutkan dalam Qur’an.
Sebagai alternatifnya segala bantuan yang hendak disalurkan kepada
mangsa-mangsa berkenaan bolehlah diambil daripada sumber-sumber kewangan yang
lain selain zakat ataupun diteliti dan dibuat analisa sekiranya di antara
mangsa-mangsa yang terbabit tergolong dalam asnaf yang tujuh selain fi sabil
Allah.
P/S: CATATAN MENGENAI MAKNA FISABILILLAH INI MERUPAKAN HASIL RUMUSAN KECIL YANG TELAH DIBUAT OLEH PARA PENGKAJI LAMA, WALAU BAGAIMANAPUN PENCARIAN MAKSUD YANG LEBIH MENDALAM AKAN DITERUSKAN, INSYAALLAH SEMOGA ILMU INI BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA DAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBUKA PINTU HATI KITA SUPAYA MENJADI ORANG-ORANG YANG CELIK AKALNYA. DAN JANGAN LUPA PADA IBU SEGALA ILMU, IAITU AL-QURAN DAN HADIS...ITULAH RUJUKAN YANG SEBAIK-BAIKNYA.
P/S: CATATAN MENGENAI MAKNA FISABILILLAH INI MERUPAKAN HASIL RUMUSAN KECIL YANG TELAH DIBUAT OLEH PARA PENGKAJI LAMA, WALAU BAGAIMANAPUN PENCARIAN MAKSUD YANG LEBIH MENDALAM AKAN DITERUSKAN, INSYAALLAH SEMOGA ILMU INI BERMANFAAT BUAT KITA SEMUA DAN SEMOGA ALLAH SWT MEMBUKA PINTU HATI KITA SUPAYA MENJADI ORANG-ORANG YANG CELIK AKALNYA. DAN JANGAN LUPA PADA IBU SEGALA ILMU, IAITU AL-QURAN DAN HADIS...ITULAH RUJUKAN YANG SEBAIK-BAIKNYA.
Monday, 16 April 2012
NIQAB: Hukum dan Perlaksanaannya.
Bismillahirrahmanirrahim.
Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini.
Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).
"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"
Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik."Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.
Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.
"Apakah hukum memakai niqab?"
Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"
Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).
Hadith diatas, yang berbunyi.
"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."
Hadith ini tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :
"Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi."
Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa bid'ah-bid'ah itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain… ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." [Al-Ahzaab : 56]
Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang menggunakan selawat, kerana ia memerlukan dalil khusus, wallahu a'lam.)
Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadith : "Wanita adalah aurat", adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.
Oleh yang demikian hadith diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).
"Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?"
Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
"Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan."
Memang kaedah ini bukan bid'ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar'aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats'amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin 'Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.
"Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!"
Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Secara Umumnya :
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mwajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Oeleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar'aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid'ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat."
Menutup muka kerana timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata:
"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."
"Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"
Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.
"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."
Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.
Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)
"Bagaimana kamu makan di khalayak ramai?"
Terpulang kepada jenis niqab yang dipakai. Ada muslimah yang berniqab sentiasa membawa niqab simpanan di dalam tas tangan, sekiranya makan makanan yang berkuah (seperti laksa, tomyam dsb) dan niqabnya kotor maka mudah untuk menukar niqab. Ada yang selesa makan di tempat yang tersorok dari pandangan umum, maka mudah untuknya membuka niqab di hadapan keluarga semasa makan di luar.
Niqab juga berbeza, ada yang memakai niqab butang atau jarum peniti di luar tudung maka apabila makan mudah untuk membuka niqab di tempat tersorok. Ada muslimah yang memakai niqab bergetah, maka hanya turunkan niqab di bawah dagu untuk makan di tempat tersorok. Sebahagian lagi memakai niqab hitam (seperti arab) yang diikat di belakang kepala, maka, mereka akan menyelaknya dari bawah niqab dan makan seperti biasa :)
"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."
Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)