Monday, 5 March 2012

Jenis-jenis Gugur Syahid


Hadith :
Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid”.

Huraian :
Setiap orang Islam wajib memelihara kehormatan dirinya dan keluarganya dari dicerobohi dan dikuasai oleh orang lain sekalipun terpaksa berhadapan dengan bahaya dan berbagai-bagai kesusahan. Malah orang yang terbunuh kerana perkara tersebut, matinya adalah mati syahid. Demikian juga Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menjaga maruah agama supaya tidak dihina dan dicaci oleh orang lain lebih-lebih lagi orang-orang kafir.



•Syahid Dunia dan Akhirat
Ialah orang yang mati dalam peperangan melawan kafir untuk mempertahankan ketinggian agama islam.
•Syahid Dunia sahaja
Ialah orang yang mati dalam peperangan melawan kafir untuk mendapatkan harta ghanimah (rampasan perang) bukan untuk meninggikan agama Allah.

•Syahid Akhirat sahaja.
Seperti ibu yang meninggal kerana melahirkan, mati tenggelam, mati kebakar, mati ketika menuntut Ilmu.

No comments:

Post a Comment