Wednesday 28 March 2012

Jom Kenali Dua Kalimah Syahadah

[Rukun Islam yang Pertama]
Kepentingan Mengucap Dua Kalimah Syahadah

Rukun Islam yang pertama ialah mengucap dua kalimah syahadah iaitu :

أشهد أن لا إله إلا ألله
وأشهد أن محمدا رسول الله
ertinya :

Aku mengaku(bersaksi) bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan aku mengaku(bersaksi) bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

Hendaklah disertakan dengan mengucap dua kalimah syahadah itu membenarkan dengan hati bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad itu sebenarnya Rasul (pesuruh) yang diutuskan oleh Allah kepada sekelian alam ini.

Kandungan Kalimah Syahadah :

Di dalam dua kalimah syahadah itu terkandunglah kepercayaan kepada ketuhanan yang sebenar dan kepercayaan kepada Rasul.

Seseorang yang berlafaz dengan dua kalimah syahadah itu adalah memberi pengakuan akan adanya tuhan yang sebenar iaitu Allah dan memberi pengakuan bahawa sebenarnya Tuhan telah mengutuskan Rasulnya kepada sekelian alam ini iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Syarat- syarat Sah Syahadah :

Apabila seorang kafir mengucap ia akan dua kalimah syahadah itu serta dengan kepercayaan di dalam hatinya maka jadilah ia seorang Islam dan terpeliharalah dirinya, hartanya, dan nyawanya seperti mana terpeliharanya diri harta dan nyawa seorang Islam.

Maka syarat sah syahadah itu enam perkara :

Pertama : hendaklah tertib lafaz-lafaz syahadah itu seperti yang dinyatakan itu.
Kedua : hendaklah melafazkan kedua-dua kalimah syahadah itu dengan berturut-turut.
Ketiga : hendaklah faham akan makna kedua-duanya.
Keempat : hendaklah mendustakan sekilan perkara yang menyalahi bagi maksudnya syahadah itu.
Kelima : hendaklah menggunakan perkataan “أشهد” pada keduanya.
Keenam : jangan syak pada keduanya.

No comments:

Post a Comment