Monday 12 March 2012

Pendirian Muslimah dan Hikmah Menutup Aurat

Demi kegemilangan masa depan umat, setiap wanita Islam mestilah:-
  • ~Menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh. Berilah keutamaan kepada bidang yang bersesuaian dengan fitrah wanita.
  • ~Kembali kepada kefahaman dan cara hidup Islam yang sebenar yang Allah telah tetapkan, bukan mengikut neraca perasaan manusia semata-mata.
  • ~Memperteguhkan pendirian supaya tidak terikut-ikut dengan arus yang tidak pasti kebenarannya. Iman mesti mantap dan akhlak mesti luhur.
  • ~Apabila berhadapan dengan budaya luar, mestilah mampu membuat pemilihan dan keputusan bijak samaada bersesuaian dengan kepribadian Islam atau tidak.
  • ~Sentiasa berpegang teguh dengan tradisi Islam. Yakin serta reda menerima Allah sebagai Rabb, Islam sebagai deen, Al-Quran sebagai kitab dan menerima Nabi Muhammad sebagai rasul yang mesti dikuti dan di contohi.
Sebagai kesimpulan, kita tidak mahu wanita Islam hari ini kembali kepada zaman kemunduran silam yang hitam. Kita mahu wanita Islam masa depan kembali kepada kegemilangan muslimah awal yang hidup pada zaman al-nubuwwah dan zaman para sahabat Rasulllah serta zaman tabiin. Zaman keemasan di mana wanita Islam seluruhnya telah menunaikan kewajipannya dan mengetahui haknya yang sebenar.


Firman Allah swt:-
“Katakanlah (wahai Muhammad saw) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka...” Surah An-Nur ayat 31 - 32



4 Hikmah Wanita Bertudung:-

  1. Sebagai lambang wanita beriman dan bertaqwa: Menunjukkan ketaatan dan keimanan beliau kepada perintah Allah swt.
  2. Mampu mengelakkan gangguan orang yang berhati jahat: Dengan menutup aurat, wanita boleh menghindarkan diri daripada mangsa cabul dan rogol.
  3. Membezakan wanita Islam itu dengan yang bukan Islam: Menutup aurat juga melambangkan wanita bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.
  4. Berhijab mampu menghalang penyakit kulit: Menurut kajian saintifik, ia membuktikan bahawa kulit wanita lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka wanita memerlukan sistem penjagaan lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki.

No comments:

Post a Comment